semenjak dua menjak dunia ni ade teknologi belog, maka ramai lah yang nk menulis2..
ade yang bercerita..
ade yang melepaskan isihati yang dukalara..
ade juga yang sekadar bersukaria..
akan tetapi ade golongan yang suka bermain dengan fakta..
dan lamannya akan menjadi bahan bacaan masyarakat.
akan tetapi, pembaca perlulah membezakan fakta dan persepsi.
apakah itu fakta?
dan apakah itu persepsi?
Dari Kamus Dewan : fakta ialah 1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu; ~ adjudikasi (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan.
Persepsi pula ialah gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayangan) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.
anda dapat lihat perbezaannya???
pada asalnya persepsi ini wujud dalam bentuk imaginasi dan pendapat dari satu sudut pandangan.
tetapi persepsi mudah diputarbelitkan dalam penulisan dan ia berbunyi seperti fakta.
janganlah anda tertipu aptahlagi menipu..
cara mengenali persepsi yang dimanipulasi
1 ianya diselitkan dengan fakta..
e.g: A adalah betol, B adalah betul maka C juga betul ( sedangkan C salah)
2 diselitkan dalil dari tokoh..
e.g: tokoh X tidak pernah mengatakan C salah, maka sememangnya C adalah kebenaran yang mutlak hanya ia tidak pernah disangkal.
3 dibandingkan dengan fakta
e.g: jika A salah, dan B salah, maka C menjadi betul tanpa mengambil kira D sampai Z.
trdapat lebih banyak lagi cara untuk meyakinkan pembaca dengan persepsi si penulis.
yang lebih menyakitkan, ada persepsi yang dikeluarkan atas nama Pimimpin dan Ulama' yang terdahulu.
dan ada juga persepsi sengaja dikeluarkan untuk menjatuhkan pihak2 tertentu.
oleh itu, para pembaca sekalian perlulah tahu membezakan fakta dan persepsi..
sekian..
Thursday, May 5
AWAS!!! fakta VS persepsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 komentar:
pe yg ko merepek nieh?haha..penatla nak bace..haha...pnjg sgt..
Post a Comment